Media
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Keluarkan Garis Panduan Buka Semula Sekolah Selepas PKPB
|POST BY : ADMIN | ON : 5 JUNE 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan garis panduan pembukaan semula sekolah untuk para pelajar, guru dan juga staf. Hanya pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja yang akan kembali ke sekolah manakala pelajar yang lain akan meneruskan pembelajaran dalam talian.
Dalam garis panduan baru yang dikeluarkan untuk pembukaan semula sekolah, sesi persekolahan hanya untuk pelajar Tingkatan Lima yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan pelajar Tingkatan Enam yang mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM ) dan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM), serta semua peperiksaan antarabangsa yang setara.
Juga, semua kakitangan sekolah dijangka melapor diri pada 7 Jun ( untuk negeri Kumpulan A), manakala 8 Jun (untuk negeri Kumpulan B) dan mula bekerja apabila sekolah mula dibuka.
Sekolah satu sesi akan bermula dari jam tujuh pagi hingga empat petang, sementara sekolah dua sesi akan beroperasi dari jam tujuh pagi hingga 6.45 petang. Mereka yang mempunyai urusan di sekolah akan dibenarkan masuk dari jam lapan pagi hingga 5.30 petang.
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin (kanan), Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (kiri) bergambar ketika melakukan lawatan kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engku Husain semalam. – Foto BERNAMA
Garis panduan KPM juga turut menyatakan pengambilan suhu para pelajar, guru, kakitangan dan saringan kesihatan perlu diambil sebelum masuk ke kawasan sekolah di pintu pagar atau kawasan perhimpunan sebelum sesi persekolahan bermula.
Bagi para pelajar yang mempunyai suhu lebih daripada 37.5 dan bergejala sakit tekak, batuk dan kesukaran bernafas tidak akan dibenarkan masuk tidak akan dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah.
Untuk pelajar asrama, jika didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala perlu diasingkan di bilik kesihatan/sakit, diberikan pelitup muka untuk dipakai dan dihantar ke klinik kesihatan 18 untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga
Bagaimanapun, untuk pelajar dengan suhu lebih dari 37.5 yang berjalan kaki mahupun naik basikal ke sekolah akan diasingkan di bilik pengasingan yang perlu disediakan oleh setiap sekolah untuk pelajar berehat dan bagi memastikan suhu badan mereka turun sebelum diperiksa sekali lagi. Ibu bapa dan penjaga mereka akan dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.
Garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sesi pembukaan sekolah
Sekolah juga harus memastikan penjarakkan sosial, kebersihan tangan, sanitasi dan pemeriksaan kesihatan harus dilakukan jika terdapat kes Covid-19 di sekolah seperti yang disahkan oleh Pejabat Daerah Kesihatan. Oleh yang demikian, sekolah juga harus memastikan mereka mengumumkan prosedur kebersihan dan keselamatan pada waktu pagi, semasa rehat dan sebelum berakhir sesi persekolahan setiap hari dengan sebaiknya sebagai salah satu langkah mengekang penularan penyakit berjangkit.
Pengumuman tentang penjarakkan sosial, kebersihan dan keselamatan di dalam premis sekolah perlu dilakukan pada waktu pagi, waktu rehat dan sebelum sesi persekolahan berakhir. Ianya perlu diteruskan sepanjang sesi persekolahan.
Untuk pihak sekolah yang ingin menjalankan sesi saringan kesihatan dan pengimbasan suhu badan tanpa sentuh dengan menggunakan alat pengimbas wajah bagi para pelajar, guru dan kakitangan. Menggunakan jarak yang selamat serta tiada sentuhan yang berlaku, ini merupakan salah satu penyelesaian untuk kita membanteras penularan Covid-19 di kalangan masyarakat.
Sistem Pemeriksaan Suhu dengan Pengimbas Wajah ini menggabungkan aplikasi pengimbas suhu dan juga system kehadiran pelajar dengan hanya mengimbas wajah. Pemeriksaan suhu secara automatik dengan hanya mengimbas wajah pelajar dan kakitangan akan direkodkan secara digital pada peranti pengimbas wajah.
Antara manfaat yang anda akan nikmati dengan penggunaan Sistem Sistem Pemeriksaan Suhu dengan Pengimbas Wajah :
- Sistem Pengimbas Wajah tanpa sentuh dilengkapi pemeriksaan suhu
- Integrasi dengan Sistem Pelawat dan Sistem Kehadiran Staf dan Pelajar
- Keupayaan mengimbas wajah dengan pemakaian topeng muka
- Pengesanan sehingga 4 meter dengan ketepatan 99.7%
- Bacaan suhu untuk setiap seorang hanya dalam 0.7 saat
- Notifikasi dan amaran jika bacaan suhu yang tinggi dikesan
- Rekod yang digital memudahkan pengguna
Untuk maklumat lanjut tentang sistem ini, anda boleh hubungi CALMS Technologies di peaceofmind@calms.com.my atau telefon 03-89597342.