Media
Mesin Layan Diri Secara "Cashless" dengan Kad Pintar
| POST BY : ADMIN | ON : 9 JANUARY 2020
Pembelian di Mesin Layan Diri atau ‘vending machine’ kini boleh didapati dengan hanya menggunakan kad pintar sahaja dan pembayaran adalah menggunakan ‘cashless’.
Sistem ini membenarkan anda untuk memuat naik inventori barangan yang dijual secara terus ke dalam sistem ini dan akan didapati di paparan ‘vending machine’ anda.
Ianya memudahkan pihak pembeli untuk mengakses pelbagai barangan secara layan diri dan pembelian secara ‘cashless’.
Lazimnya, ‘vending machine’ yang terdapat di pasaran, membolehkan anda untuk membeli barangan seperti makanan, minuman tin, kotak, pakaian, buku, ‘powerbank’ dan banyak lagi.
Untuk setiap proses pembelian di ‘vending machine’, anda hanya perlu menggunakan kad pintar dan jumlah bayaran akan ditolak dari kad tersebut.
Mudah kan? Tidak perlu lagi anda mencari wang kecil untuk ditukar bagi melakukan pembayaran. Semuanya ‘cashless’ dengan solusi CALMS.
Ingin kami transformasikan ‘vending machine’ anda kepada ‘cashless’? Hubungi kami di peaceofmind@calms.com.my untuk keterangan lanjut.